Noxxa Pressure Cooker Amway Terbaru 2023

Gajet viral idaman para ibu. Noxxa pressure cooker dah ada ka belum? Kalau belum ada, jom grab periuk noxxa ni sekarang. Senang nak masak untuk seisi keluarga.

Dari tak pandai masak pun boleh jadi pandai masak bila ada periuk noxxa ni. Tengok depa pakat masak macam-macam guna periuk ni. Automatik masing-masing jadi rajin masak.

Ada yg buat dodol. Yang masak sup gearbox pun ada.

Kelebihan Pressure Cooker Noxxa Amway

Banyak kelebihan periuk noxxa ni. Antaranya ialah

  • Size periuk yang lebih besar 8 liter. Boleh masak sehingga 14 pot nasi.
  • Boleh masak 3 ekor ayam atau 3kg daging.
  • Ada fungsi STIR FRY yang pressure cooker lain tiada. Boleh menggoreng semua jenis masakan.
  • Ada fungsi Delay Timer yang boleh set nak start masak pukul berapa untuk menu done on time sementara kita boleh buat kerja lain.
  • Warranty 1 tahun. jika spare part lain rosak jugak boleh beli dari kami. Jaminan spare part dijual sekurangnya 10 tahun.
  • Boleh beli inner pot periuk secara berasingan. Kalau ada lebih inner port. Bolehlah masak pelbagai jenis masakan secara terterusan. tak perlu tunggu inner pot atau periuk sejuk.

Tiada istilah tiada masa. Setiap rumah mesti ada satu. Sangat berbaloi. Boleh menggoreng, mengukus, memanggang dan sebagainya. Boleh membuat beraneka jenis resepi masakan. Sungguh cepat, mudah dan menjimatkan ruang dapur anda. Lagi² ibu yang sibuk bekerja

Spesifikasi Noxxa Pressure Cooker

Berikut merupakan spesifikasi periuk noxxa yang terbaru dari Amway

  • Dimensi: 36 x 32 x 36 cm
  • BERAT: 6.03kg
  • KAPASITI: 8L
  • PENGGUNAAN TENAGA: 1300W

Fungsi Yang Ada

Terdapat fungsi lain dekat noxxa pressure cooker ni tau. Antara fungsi tersebut ialah

  • Keep warm (hingga 12 jam)
  • Delay cooking (hingga 24 jam)
  • High pressure
  • Cake / Bake
  • Stir fry
  • Steam
  • Slow cook

Resepi Dodol Lebih Kurang 6 Minit Guna Noxxa Pressure Cooker

Meh nak share cara masak dodol guna periuk noxxa

Resepi Dodol Lebih Kurang 6 Minit Guna Noxxa Pressure Cooker

Boleh cuba untuk juadah raye, dodol air tangan sendiri masak guna periuk Noxxa

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 cawan santan pekat

Cara Memasak

  1. 1 cawan air + 1 cawan gula merah + 1 cawan gula pasir- masak dan tapis ( tunggu sejuk lepas tu masukkan tepung & Santan, kacau sebati- blender lagi bagus-halus gitu)
  2. Lepas itu steamkan selama 5 minit saja. Tombol pusing kepada steam juga.
  3. Setelah siap , tukar kepada stir fry, kacau dodol menggunakan senduk kayu sehingga pekat, melekat jadi dodol yang kental, lembut dan berkilat.

Resepi Nasi Ayam Guna Noxxa Pressure Cooker

Resepi Nasi Ayam Guna Noxxa Pressure Cooker

Ada pressure cooker Noxxa Amway di rumah, tapi tak pernah try buat nasi ayam? Ala ruginya. Cara-caranya

  1. Basuh beras, toskan
  2. Tekan button stir fry, masukkan minyak sapi untuk menumis
  3. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
  4. Tumis bahan blender (bawang merah & bawang putih) bersama seketul halia yang diketuk
  5. Masukkan kiub ayam, kacau
  6. Off kan mode stir fry apabila bahan tumis sedikit kekuningan
  7. Masukkan beras, gaul-gaulkan sehingga sebati dengan bahan-bahan tumis tadi
  8. Masukkan sup (sukatannya, saya buat 5 cawan beras, 6 cawan sup)
  9. Masukkan daun pandan & daun sup
  10. Tutup periuk & halakan tombol ke ‘pressure’
  11. Tekan button rice (saya setkan 8minit)
    Siaapppppp!

Antara Resepi Lain Guna Periuk Noxxa

  • Bihun : 3 minit (x perlu rendam)
  • Nasi goreng : 8 minit (dari beras)
  • Pulut kuning : 6 minit (x perlu rendam)
  • Kek : 26 minit
  • Rebus tulang : 30 minit
  • Nasi arab, Briyani, dll : 8 minit
  • Pizza : 6 minit
  • Kuih bingka : 6 minit
  • Buat sardin sendiri dari ikan segar : 6 minit
  • Kari ikan : 4 minit
  • Rebus telur : 2 minit}

Harga Noxxa Pressure Cooker Amway

Harga?? Tak mahal pun kalau nak dibandingkan dengan kualiti yang sangat King ni.. Sesekali reward untuk kepuasan diri apa salahnya kan.

Noxxa Pressure Cooker Amway ni amat berbaloi untuk ada satu dekat rumah tau. Harga runcit dia RM960.00 manakala harga beli bila dah jadi ahli Amway RM800.00.

Lagi jimat beli kalau dah jadi ahli amway. Sekiranya nak beli dengan harga ahli boleh wasap Aewin dan Aewin daftarkan jadi ahli Amway. Tidak kiralah nak jadi APC ke atau ABO, bila dah jadi ahli Amway terus boleh beli dengan harga ahli.

Siap boleh terus walk in di mana-mana Amway shop yang berdekatan untuk beli barang amway.

Kalau taknak jadi ahli dan nak beli pun boleh. Tapi kena beli pakai harga runcit. Taknak jadi ahli dan nak beli pun boleh. Tapi kena beli pakai harga runcit. Yang belum try atau yg tak tahu nak dapatkan Noxxa Pressure Cooker Amway ni boleh contact Aewin di https://wasap.my/+60139561025/pressurecooker+amway

Akhir Kata

Mudah sungguh dengan Noxxa Pressure Cooker ni. Masak akan jadi lebih mudah pantas dan jimat masa, lagi-lagi yang ada anak kecik ni. Campak-campak je dah siap. Sambil dukung anak pun onz dengan Noxxa ni. Air tangan ibu sentiasa dikenangkan oleh anak-anak .

Tentang Saya

Aewin adalah seorang surirumah, isteri dan ibu kepada empat orang anak. Aewin juga adalah pengamal dan juga pengedar produk kesihatan Amway. Jom sebarkan manfaat Amway kepada semua. Malu nak menjual? Jadi pengguna dahulu dan sebarkan kebaikan.

Leave a Comment